Thursday, May 19, 2011

Suq Sayyarat tu maknanya Pasar Kereta.




Gud Morning Egypt. Hehe~ Mulakan hari anda dengan Bismillah dan perbanyakkan selawat. Allahumma Solli Ala Muhammad.

Seperti kebiasaan hari Jumaat, pasar kereta(suq sayyarat) berhampiran asrama anak-anak Malaysia di Hayyu Asyir ini, pasti akan sesak seperti ini. Ratusan kereta diperdagangkan sesama mereka. Suq(pasar) ini merupakan antara pasar yang terkenal diseluruh mesir, jika anda sesat dan ingin kembali ke kompleks asrama rumah negeri. Beritahu kepada pemandu teksi untuk turun disini. Pasti ramai yang mengenalinya.

Hampir kesemua kereta yang dijual disini adalah model lama yang sudah tidak ada di Malaysia. Amat mengagumkan, kereta yang begitu lama, masih bertahan dan wujud sehingga sekarang. Setiap hari jumaat memang meriah. Dengan bunyi hon saling bersahut-sahutkan menggantikan kokokkan ayam.

Apa yang lebih menarik, kereta disini dijual secara tunai(cash). Setelah berbincang dan bersetuju dgn harga, maka urusan penyerahan geran dan bayaran dilakukan pada waktu itu juga.

Namun selepas revolusi, tumpuan warga Mesir kesini semakin berkurangan. Wallahua'lam, kenapa.. Hanya mereka yang mengetahui. Mungkin diorg jual selama ini sebab nak kumpul ramai-ramai je kot. Wat meriah!! So, lepas dah buleh berdemonstrasi ni, tak perlu dah la kumpul kat sini. Kumpul kat Tahrir pulak. Haha..

Kalau ikut panjang/luas lagi pasar ni, tapi tak dapat nak amek angle tu. Panjang/luas dataran di hampir setengah kilometer, dan mungkin lebih. Bayang la berapa banyak kereta leh masuk, tambah kat luar2 tu skali..

~ 2 comments: ~

Faaein Talip Roy says:
at: May 20, 2011 at 2:37 AM said...

perghh.. lautan kereta ni..

aminmenulis says:
at: May 20, 2011 at 4:23 AM said...

Tula, kalau dapat angle daripada tepi lagi best. Panjang n luas giler dataran ni tau. Rasanya boleh muat seribu lebih kereta dalam ni.

Mmg panjang. Kalau jalan kaki dekat 10minit gak nak sampai hujung ke hujung.

+

Blogger templates

Total Pageviews

Popular Posts

Followers

About Me

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Labels

Blogroll

About