Friday, May 20, 2011

Cerita Kerusi..



Hidup di dunia ini ibarat seorang pengembara, berhenti sebentar duduk mengumpul daya kekuatan kemudian meneruskan lagi perjalanan sehingga sampai ke suatu destinasi. Iaitu akhirat, destinasi yang kekal abadi.. Moga2 kita tergolong dalam golongan mereka2 yang mendapat naungan Allah dan syafaat Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam di akhirat nanti. ameen~

Lokasi: Hadiqoh Al-Azhar, ambik gambar ni sambil berjalan, sebab nak balik dh. So, composition maybe kurang sedikit. Sape2 nak komen bleh je. hehe..

Teringat plak satu cerita, seorang lelaki ni mendengar akan kelebihan mengamalkan ayat kursi, iaitu ia menjadi pendinding dan pagar buat diri daripada sebarang perkara yang tidak baik. Lalu beliau beramal dengan ayat tersebut.

Sehinggalah suatu hari, rumah beliau dimasuki pencuri pada waktu malam. Tetapi beliau tidak sedar. Apabila subuh menjelang, beliau bangun dan melihat pencuri tersebut berdiri dalam keadaan bingung. Lantas beliau menangkapnya.

Maka, beliau pun bertanyalah. Mengapa kamu tidak lari wahai pencuri? Lalu pencuri tersebut menjawab. "Aku bukan tak mahu lari, tetapi aku tak dapat lari sbb penuh di sekeliling aku kerusi"

Lalu terkejutlah lelaki tersebut. Lalu ditanya, apakah amalan yg beliau lakukan. Maka, lelaki tersebut lantas menjawab. Beliau mengamalkan ayat kursi. Lalu ada seseorang bertanya, ayat kursi yang bagaimana beliau amalkan?

Lelaki tadi menjawab. Aku membaca 'kursi, kursi, kursi" sebanyak yang mungkin sebelum aku tidur. Lantas, org yang ada disekeliling terkejut. Lalu, diberitahu bahawa ayat kursi yang sebenarnya adalah "Allahula ila ha illa, huwal hayyum qayyum-sehingga habis"

Maka, apabila sekali lagi rumahnya dimasuki pencuri. Ternyata pencuri tersebut berjaya lepas. Bila diselidik kembali, tenyata pada kali ini beliau mengamalkan ayat tersebut tetapi kurang yakin.

Wallahua'lam. Adakah cerita tersebut benar atau hanyalah rekaan. Kerana saya pun mendengar dari mulut ke mulut. Jangan percaya seratus peratus. Tapi mungkin boleh ambil iktibar drpd cerita tersebut.

~ 0 comments: ~

+

Blogger templates

Total Pageviews

Popular Posts

Followers

About Me

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Labels

Blogroll

About