Ramadhan


24 Ramadhan.. 6 days more left for us to hold it.. =(

Latest Post
Friday, June 17, 2011

Gambar-gambar masa gerhana bulan baru ni..


Gambar-gambar masa gerhana bulan baru ni..


https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/255007_230945463599080_100000508851984_961715_6995174_n.jpg
Ni masa mula-mula nak gerhana.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/250421_230991483594478_100000508851984_961924_8156369_n.jpg


https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/247179_231114986915461_100000508851984_962553_3613804_n.jpg


https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/264463_231541446872815_100000508851984_964976_7276544_n.jpg



Friday, May 20, 2011

Cerita Kerusi..


Cerita Kerusi..


Hidup di dunia ini ibarat seorang pengembara, berhenti sebentar duduk mengumpul daya kekuatan kemudian meneruskan lagi perjalanan sehingga sampai ke suatu destinasi. Iaitu akhirat, destinasi yang kekal abadi.. Moga2 kita tergolong dalam golongan mereka2 yang mendapat naungan Allah dan syafaat Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam di akhirat nanti. ameen~

Lokasi: Hadiqoh Al-Azhar, ambik gambar ni sambil berjalan, sebab nak balik dh. So, composition maybe kurang sedikit. Sape2 nak komen bleh je. hehe..

Teringat plak satu cerita, seorang lelaki ni mendengar akan kelebihan mengamalkan ayat kursi, iaitu ia menjadi pendinding dan pagar buat diri daripada sebarang perkara yang tidak baik. Lalu beliau beramal dengan ayat tersebut.

Sehinggalah suatu hari, rumah beliau dimasuki pencuri pada waktu malam. Tetapi beliau tidak sedar. Apabila subuh menjelang, beliau bangun dan melihat pencuri tersebut berdiri dalam keadaan bingung. Lantas beliau menangkapnya.

Maka, beliau pun bertanyalah. Mengapa kamu tidak lari wahai pencuri? Lalu pencuri tersebut menjawab. "Aku bukan tak mahu lari, tetapi aku tak dapat lari sbb penuh di sekeliling aku kerusi"

Lalu terkejutlah lelaki tersebut. Lalu ditanya, apakah amalan yg beliau lakukan. Maka, lelaki tersebut lantas menjawab. Beliau mengamalkan ayat kursi. Lalu ada seseorang bertanya, ayat kursi yang bagaimana beliau amalkan?

Lelaki tadi menjawab. Aku membaca 'kursi, kursi, kursi" sebanyak yang mungkin sebelum aku tidur. Lantas, org yang ada disekeliling terkejut. Lalu, diberitahu bahawa ayat kursi yang sebenarnya adalah "Allahula ila ha illa, huwal hayyum qayyum-sehingga habis"

Maka, apabila sekali lagi rumahnya dimasuki pencuri. Ternyata pencuri tersebut berjaya lepas. Bila diselidik kembali, tenyata pada kali ini beliau mengamalkan ayat tersebut tetapi kurang yakin.

Wallahua'lam. Adakah cerita tersebut benar atau hanyalah rekaan. Kerana saya pun mendengar dari mulut ke mulut. Jangan percaya seratus peratus. Tapi mungkin boleh ambil iktibar drpd cerita tersebut.

Nikon D3000 Ok tak?


Nikon D3000 Ok tak?


The type of camera you use for photography makes no difference. A loving, open heart makes a photograph, not a camera. - Anonymous

Like Ust Azhar said in Terengganu's Language: "Mu pakai ar komera nape pung, kalau dok pandai amik gambo, dok jadi mende gop" it mean that "even if you use the best camera in the world, but you dont know how to use it, it useless"

So, lets learn how to make n take pictures.

Note: Kamera D3000 milik PMRAM yang banyak berjasa.

Ramai yang tanya saya, bila nak beli kamera mana yang lebih ok. Canon ke Nikon? Soalan yang paling banyak dan biasa ditanya oleh mereka-mereka yang baru nak menceburkan diri dalam bidang fotografi dan mereka yang nak tau pasal kamera.

Jawapan yang biasa aku bagi adalah seperti jawapan otai2 dalam fotografi, kedua-duanya ok. Terpulang kepada bagaimana kita setting dan gunakannya. Walaupun setiap model kamera ada kelebihan masing-masing, tapi kalau kena caranya, kamera yang basic dapat menghasilkan gambar yang setanding kamera beginner dan pro.

Macam Nikon D3000 ni, walaupun ia berada dalam standart basic kamera, tapi gambar yang dihasilkan sebenarnya mantap dan hebat, bergantung kepada orang yang mengendalikannya.

Hatta aku yang guna Canon EOS 550D ni masih terkial-kial lagi nak setting dan belajar composition, lighting, dan lain-lain lagi. Tapi yang penting kena rajin ambil gambar, dan selalulah tengok gambar-gambar yang dihasilkan oleh otai2 dalam fotografi. Daripada situ kita sebenarnya belajar bagaimana scene dan composition yang baik.

Cuma, apa yang boleh disimpulkan, Canon ada kamera yang simple dan mesra pengguna, dan kelebihannya adalah ia ringan, ISO yang tinggi. Namun kekurangannya adalah gambar yang dilihat didalam LCD Kamera terlalu cantik, bila masuk dalam komputer kualitinya turun hampir 30%. Iaitu gambar akan menjadi lebih cerah/overexpose daripada yang dilihat dalam kamera.

Berbanding dengan nikon, walaupun tidak mempunyai LCD yang beresolusi tinggi, namun pujian diberikan kepada kualiti warna dalam gambar yang dihasilkan. Memanglah Nikon berat sikit, sebab body dibuat daripada alloy/besi. Namun, setakat yang pernah aku guna. Warna Nikon memang patut dipuji dan kelebihannya adalah ia mempunyai setting/function yang banyak didalam kamera.

Korang rasa?


Thursday, May 19, 2011

Suq Sayyarat tu maknanya Pasar Kereta.


Suq Sayyarat tu maknanya Pasar Kereta.



Gud Morning Egypt. Hehe~ Mulakan hari anda dengan Bismillah dan perbanyakkan selawat. Allahumma Solli Ala Muhammad.

Seperti kebiasaan hari Jumaat, pasar kereta(suq sayyarat) berhampiran asrama anak-anak Malaysia di Hayyu Asyir ini, pasti akan sesak seperti ini. Ratusan kereta diperdagangkan sesama mereka. Suq(pasar) ini merupakan antara pasar yang terkenal diseluruh mesir, jika anda sesat dan ingin kembali ke kompleks asrama rumah negeri. Beritahu kepada pemandu teksi untuk turun disini. Pasti ramai yang mengenalinya.

Hampir kesemua kereta yang dijual disini adalah model lama yang sudah tidak ada di Malaysia. Amat mengagumkan, kereta yang begitu lama, masih bertahan dan wujud sehingga sekarang. Setiap hari jumaat memang meriah. Dengan bunyi hon saling bersahut-sahutkan menggantikan kokokkan ayam.

Apa yang lebih menarik, kereta disini dijual secara tunai(cash). Setelah berbincang dan bersetuju dgn harga, maka urusan penyerahan geran dan bayaran dilakukan pada waktu itu juga.

Namun selepas revolusi, tumpuan warga Mesir kesini semakin berkurangan. Wallahua'lam, kenapa.. Hanya mereka yang mengetahui. Mungkin diorg jual selama ini sebab nak kumpul ramai-ramai je kot. Wat meriah!! So, lepas dah buleh berdemonstrasi ni, tak perlu dah la kumpul kat sini. Kumpul kat Tahrir pulak. Haha..

Kalau ikut panjang/luas lagi pasar ni, tapi tak dapat nak amek angle tu. Panjang/luas dataran di hampir setengah kilometer, dan mungkin lebih. Bayang la berapa banyak kereta leh masuk, tambah kat luar2 tu skali..

Awan Biru & Rasulullah SAW


Awan Biru & Rasulullah SAW



Dunia hari ini baru mengenal dan mencipta teknologi untuk terbang diudara, naik ke angkasa. Tetapi Rasulullah SAW telah terlebih dahulu menjejakkan kaki di tempat yang paling tinggi ketika mana masih belum ada teknologi.

Ternyata, teknologi dan zaman Rasulullah SAW lebih maju dan hebat, hingga tidak terjangkau oleh aqal fikiran manusia ketika itu, sehinggalah ia terbukti kini namun masih belum berjaya menandingi kehebatan kenderaan Rasulullah SAW.. Allohumma solli ala muhammad.

Lukisan Hati


Lukisan Hati



Subhanallah, tenangnya melihat lukisan Alam, lukisan tuhan. Andai jiwa ini dapat sentiasa dilukis dan dirakam pasti ia menghasilkan corak dan lukisan yang pelbagai. Apakah agaknya bentuk hati kita yang sebenarnya? Apakah ibarat longkang yang dipenuhi sampah dan takungan air hitam atau seperti matahari terbenam yang cantik menerangi alam.

Susah untuk menjaga hati kita, apatah lagi menjaga hati orang lain. Sukar untuk mententeramkan hati kita, seperti itu jugalah sukarnya untuk mententeramkan hati orang lain. Maka, jangan bermain dengan hati, sebab disitulah raja bagi tubuh badan kita. Andai rosak, maka akan rosak binasalah seluruh badan kita, andai cantik, maka indahlah hidup ini.

Moga Allah mengurniakan kita hati yang cantik, bersih dan baik. Bagaimana? Dengan beramal dan mendekatkan diri kepada Allah. Cakap memang senang, tapi nak beramal itu yang sukar. Moga Allah permudahkan dengan niat baik kita untuk mengubah dan membentuk hati kita agar ia menjadi cantik.

Silhoutte-Jump


Silhoutte-Jump

Saat ini kurasakan, ingin saja menerjang badai, menghalau kekusutan, menghilangkan tekanan. Agar aku bisa mencari ketenangan, kedamaian. Mengabdikan diri, pada tuhan. Moga ku temui cahaya iman, menyuluh diri yg kegelapan.

Wednesday, May 11, 2011

Mohon dengan sangat..


Mohon dengan sangat..

Tidakkah kamu lihat Allah swt jadikan langit tersangat tinggi, dihiasi pula dengan warna dan corak yang berbagai-bagai, tidak pernah terjadi warna dan corak yang sama sejak diciptakan alam ini...Renungkanlah

"Dijadikan manusia itu di atas 360 sendi, oleh yg demikian, mana2 org yg bertakbir kepada Alloh, bertasbih kpd Alloh, berzikir kpd Alloh, minta ampun drpd Alloh dan membuang ranting atau duri-duri di jalanan, mereka menyeru yg makruf dan juga melarang yang mungkar, beerti orang itu berusaha menjauhkan diri drpd api neraka." Hadith riwayat Muslim.

Ayuh sahabat2, mohonlah keampunan dan apa jua hajat daripada Allah swt. Dialah pemberi nikmat, Allah jualah yang maha mengetahui segala yang baik dan yang buruk bagi kita. Allohumma solli ala muhammad.


Mencari Kekuatan


Mencari Kekuatan

Ya Allah, berilah aku kekuatan, ketenangan dan petunjuk dalam mengharungi hidup di dunia ini. Moga-moga aku sentiasa tabah dan redha dengan apa jua yang bakal aku lalui.. Kerana sesungguhnya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan aku yakin ia adalah ketentuan-Mu. Maka jadikanlah aku dari kalangan hamba2mu yang bersyukur...

Tuesday, May 10, 2011

Alone...


Alone...

Tika rasa keseorangan, ingatlah Allah sentiasa meneman kita walaupun dimana jua kita berada.
Mode: Exam dah dekat, rasa macam kecik sangat persediaan... Adeh.

Pemandangan Sawah Padi di Kota Sarang Semut, Alor Star, Kedah Sejahtera. 19 Februari 2011.

Kota Sarang Semut, Kedah Sejahtera.


Kota Sarang Semut, Kedah Sejahtera.

Subhanallah.. ~Indah permai bumi kita, aman sentosa sejahtera, lihat sungai yang mengalir, deru ombak yang berdesir.~

Kota Sarang Semut, Kedah Sejahtera. 19 Februari 2011

Thursday, January 20, 2011

Selamat Pagi Mesir


Selamat Pagi Mesir

Selamat pagi Mesir.. Hehe.. Sobahannur.. Buat pertama kali sepanjang aku hidup kat bumi Mesir. Inilah kali pertama aku tengok Mesir dilanda kabus tebal yang teramat tebal. Tak nampak apa-apa. Jarak penglihatan memang terhad. Ramai abang senior cakap, musim sejuk kali ni memang menjadi. Sebab kali ni hujan 4hari berturut-turut. Sampai ada kawan yang pergi Sinai (Jabal Musa, tempat nabi Musa bermunajat) lebat salji turun. Hehe.. Tak sabar rasa nak pergi Sinai. Yela, nak pergi Turki atau Jordan mahal sangat, baru dapat main salji. Hehe.. Takde duit. So, dapat pergi Sinai pun jadilah. Harap-harap time pergi nanti salji masih ada..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs043.snc6/167312_190927124267581_100000508851984_662644_1106506_n.jpg
Hah.. Ni pemandangan daripada tingkap bilik aku. Sampai bangunan depan pun aku tak nampak. Walaupun jarak dekat sangat. Cantik kan? Ada pokok kurma 2 batang kat bawah tu..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs062.snc6/167255_190932540933706_100000508851984_662695_3717816_n.jpg
Ni plak pemandangan daripada atas bumbung (Sutuh) rumah Terengganu. Tengok kat bawah tu, dataran rumah negeri. Yang tengah renovet (ada kain-kain tu) Rumah Selangor, yang betul-betul depan ni. Rumah Kedah, dan yang belah kanan tu Rumah Pahang. Sebab tu lah, dataran kat bawah tu nama dia Dataran Rumah Negeri. Hehe.. Macam kampung melayu dah. Tapi, kalau search kat google, kawasan ni memang nama dia Masakin Malizia, penginapan/asrama warga Malaysia. Wah.. hebat, sampai masuk dalam peta. hehe..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs062.snc6/167255_190932544267039_100000508851984_662696_6889634_n.jpg
Ok. Ni pulak pemandang jalan raya belakang Rumah Terengganu. Tengok, jalan berair dan berkabus. Ni masa dah kurang kabus, tadi lagi lebat. Sampai kereta suma slow macam siput. Hehe.. Tapi satu kejadian yang tidak diingini berlaku pagi nih. Tengah duk usyar kabus, tetiba ada orang simbah air kat aku.. Hampes tol.. Arghh.. dah la sejuk.. Sape la kureng sangat main air pagi-pagi nih. Nak kata, ada kolam, masa bila plak hostel ni ada kolam? Paip air lagilah takde.. haha..

http://l19.sphotos.l3.fbcdn.net/hphotos-l3-ash1/hs791.ash1/168101_191187784241515_100000508851984_664081_4853051_n.jpg
Simbahan yang hampir terkena aku yang hensem dipagi hari.. Tau la, aku belum mandi, jangan main simbah je.. Huhu..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1389.snc4/164175_191185474241746_100000508851984_664063_2300966_n.jpg
Ceh.. Rupanya Exco Perumahan, (Ust Kamal) tengah keringkan air kat atas bangunan ni sebab tangki hostel akhwat bocor. Huhu.. PErgh.. cayalah. Pagi-pagi sanggup terjun dalam air, dah la sejuk. Tapi kerana akhowat (erkk!! hehe) tanggungjawab selaku Exco yg berdedikasi, sanggup mengharung air yang sejuk sampai ke tulang gearbox. Haha..


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs071.snc6/168101_191187787574848_100000508851984_664082_6270375_n.jpg
Ust Kamal sedang membancuh teh tarik untuk diberi kepada seluruh penduduk mesir minum diwaktu pagi. Haha.. Baik sungguh beliau. Harapnya beliau diangkat menjadi Yang Dipertua tahun depan. Hehehe..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs070.snc6/168083_191189354241358_100000508851984_664091_2320286_n.jpg
Ust Kamal tengah check kebocoran pada tangki. Aku bagi dah kat dia steple tapi dia taknak. Selamber je dia cakap, guna soletep lagi kuat.. Hahaha.. Hampeh..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs050.snc6/168083_191189357574691_100000508851984_664092_4651373_n.jpg
Huhu.. Air ni terbuang macam tu je. Sayang betul..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs070.snc6/168083_191189360908024_100000508851984_664093_5430638_n.jpg
Ust Kamal bajet macho, melepaskan lelah setelah penat mengerinkan air. Macam dalam filem titanik lak aku tengok. Berada di awangan..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs776.ash1/166628_191258637567763_100000508851984_664299_7995744_n.jpg


+

Blogger templates

Total Pageviews

Popular Posts

Followers

About Me

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Labels

Blogroll

About