
Subhanallah, tenangnya melihat lukisan Alam, lukisan tuhan. Andai jiwa ini dapat sentiasa dilukis dan dirakam pasti ia menghasilkan corak dan lukisan yang pelbagai. Apakah agaknya bentuk hati kita yang sebenarnya? Apakah ibarat longkang yang dipenuhi sampah dan takungan air hitam atau seperti matahari terbenam yang cantik menerangi alam.
Susah untuk menjaga hati kita, apatah lagi menjaga hati orang lain. Sukar untuk mententeramkan hati kita, seperti itu jugalah sukarnya untuk mententeramkan hati orang lain. Maka, jangan bermain dengan hati, sebab disitulah raja bagi tubuh badan kita. Andai rosak, maka akan rosak binasalah seluruh badan kita, andai cantik, maka indahlah hidup ini.
Moga Allah mengurniakan kita hati yang cantik, bersih dan baik. Bagaimana? Dengan beramal dan mendekatkan diri kepada Allah. Cakap memang senang, tapi nak beramal itu yang sukar. Moga Allah permudahkan dengan niat baik kita untuk mengubah dan membentuk hati kita agar ia menjadi cantik.
~ 2 comments: ~
at: May 19, 2011 at 5:24 PM said...
Subhanallah.. indahnya ciptaan dari-Nya..
at: May 19, 2011 at 11:11 PM said...
SUbhanallah..
Post a Comment