Friday, May 20, 2011

Nikon D3000 Ok tak?



The type of camera you use for photography makes no difference. A loving, open heart makes a photograph, not a camera. - Anonymous

Like Ust Azhar said in Terengganu's Language: "Mu pakai ar komera nape pung, kalau dok pandai amik gambo, dok jadi mende gop" it mean that "even if you use the best camera in the world, but you dont know how to use it, it useless"

So, lets learn how to make n take pictures.

Note: Kamera D3000 milik PMRAM yang banyak berjasa.

Ramai yang tanya saya, bila nak beli kamera mana yang lebih ok. Canon ke Nikon? Soalan yang paling banyak dan biasa ditanya oleh mereka-mereka yang baru nak menceburkan diri dalam bidang fotografi dan mereka yang nak tau pasal kamera.

Jawapan yang biasa aku bagi adalah seperti jawapan otai2 dalam fotografi, kedua-duanya ok. Terpulang kepada bagaimana kita setting dan gunakannya. Walaupun setiap model kamera ada kelebihan masing-masing, tapi kalau kena caranya, kamera yang basic dapat menghasilkan gambar yang setanding kamera beginner dan pro.

Macam Nikon D3000 ni, walaupun ia berada dalam standart basic kamera, tapi gambar yang dihasilkan sebenarnya mantap dan hebat, bergantung kepada orang yang mengendalikannya.

Hatta aku yang guna Canon EOS 550D ni masih terkial-kial lagi nak setting dan belajar composition, lighting, dan lain-lain lagi. Tapi yang penting kena rajin ambil gambar, dan selalulah tengok gambar-gambar yang dihasilkan oleh otai2 dalam fotografi. Daripada situ kita sebenarnya belajar bagaimana scene dan composition yang baik.

Cuma, apa yang boleh disimpulkan, Canon ada kamera yang simple dan mesra pengguna, dan kelebihannya adalah ia ringan, ISO yang tinggi. Namun kekurangannya adalah gambar yang dilihat didalam LCD Kamera terlalu cantik, bila masuk dalam komputer kualitinya turun hampir 30%. Iaitu gambar akan menjadi lebih cerah/overexpose daripada yang dilihat dalam kamera.

Berbanding dengan nikon, walaupun tidak mempunyai LCD yang beresolusi tinggi, namun pujian diberikan kepada kualiti warna dalam gambar yang dihasilkan. Memanglah Nikon berat sikit, sebab body dibuat daripada alloy/besi. Namun, setakat yang pernah aku guna. Warna Nikon memang patut dipuji dan kelebihannya adalah ia mempunyai setting/function yang banyak didalam kamera.

Korang rasa?


~ 2 comments: ~

Faaein Talip Roy says:
at: May 20, 2011 at 2:34 AM said...

sokong Nikon!.. hehehe.. D3000 itulah kekasih hati saya sekarang... =]

aminmenulis says:
at: May 20, 2011 at 4:52 AM said...

Yup, tau je, tgk kat belog.
Sy sokong Canon. Haha..

+

Blogger templates

Total Pageviews

Popular Posts

Followers

About Me

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Labels

Blogroll

About